Apa guna kita hidup?
Persoalan yang sering merajai minda aku.Aku sendiri tidak pasti apa tujuan aku hidup.Sejak kecil aku dipertontonkan dengan perjalanan kehidupan manusia.Bermula dengan kelahiran sang bayi seterusnya berakhir dengan kematian.Aku tertanya2 adakah kita hidup hanya untuk mati?Agak bodoh rasanya soalan aku nie..
Namun,Al-Khaliq yang menciptakan kita..pasti tahu.Dia Maha Mengetahui.
Hidup yang dilalui penuh dengan pancaroba.Penuh dengan muslihat manusia.Penuh dengan dugaan dan cabaran.Allah menguji manusia kerana ingin melihat kesabaran dan ketabahan seseorang itu.Juga ingin melihat sejauh mana sayang dan cinta seseorang itu terhadap agama dan Tuhannya.
Aku sayang dan cinta akan Islam.Cinta aku juga terpatri untuk Allah s.w.t.
Namun,kadang2,bila syaitan menguasai diri,aku seolah2 terbuai tanpa arah tuju.Terkapai2 ibarat tidak berTuhan.Qada dan Qadar bagaikan musuh aku.Aku mula menyalahkan takdir.Oh Tuhan..sesungguhnya aku berdosa pada-Mu.
Sunday, March 29, 2009
Apa Guna kita HiduP?
Posted by musafir hina at 10:21 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment